|
"..Matlamat negara adalah supaya pada tahun 2020 kita akan menjadi sebuah negara maju. Takrif negara maju sudah pun dijelaskan. Ini tidak bermakna pembangunan material yang membelakangkan kerohanian.Matlamat kita adalah sebuah negara yang maju dari segi ilmu, kecekapan dan kekayaan tetapi tidak kehilangan moral dan pegangan kepada ajaran agama.."
Perasmian Kongres Menjelang Abad 21 | Kuala Lumpur
"..Sekiranya setiap pegawai Kerajaan memberi kepentingan dan keutamaan kepada 'sense of purpose', 'sense of urgency' dan 'common sense' dan melihat sesuatu suasana dan keperluan tugas dari kacamata-kcamata ini sudah tentu banyak yang akan dapat kita capai. Dengan ini barulah bermakna segala usaha memperbaiki sistem dan peraturan supaya perkhidmatan yang diberikan bertambah baik dan peralatan serta suasana kerja dan membantu dalam tindakan yang lebih berkesan.."
Majlis Makan Malam Tahunan | Kuala Lumpur |